Dakwaan talian tiang TNB putus punca 2 beradik maut tidak tepat

Dakwaan talian tiang TNB putus punca 2 beradik maut tidak tepat

KERATAN laporan Mingguan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan talian terputus daripada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga mengakibatkan kematian dua kanak-kanak lelaki di rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Kajang, petang semalam, tidak tepat.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati tidak berlaku talian yang terputus dan menimpa bumbung rumah mangsa seperti dakwaan pihak tertentu. 

“TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyiasat kejadian tersebut. Justeru, TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dua beradik masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dilaporkan maut selepas disyaki terkena renjatan elektrik ketika mandi di dalam besen di hadapan rumah mereka. 

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Adam Haziq Zamri, 10, dan Adam Harish, 9, disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

TNB mengucapkan takziah atas kematian dua beradik tersebut dan telah menghantar wakil menziarahi keluarga mangsa. 

Katanya, TNB bersimpati atas kejadian menimpa kedua-dua beradik yang dilaporkan sedang bermain air semasa terkena renjatan daripada kebocoran arus itu. 

“Wakil TNB telah menziarahi keluarga mangsa dan turut menyerahkan sumbangan ihsan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya