Dakwaan rumah tangga bergolak: Luqman Hafidz belum sedia kongsi - Utusan Malaysia

Dakwaan rumah tangga bergolak: Luqman Hafidz belum sedia kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Luqman Hafidz, 31, memaklumkan dia belum bersedia memberikan sebarang jawapan berkaitan dakwaan status rumah tangganya yang dikatakan sudah berakhir.

Empunya nama sebenar, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi ini berkata, dia memilih untuk tidak berkongsi hal tersebut dan memohon kepada semua pihak menghormati privasinya dan keluarga.

“Saya belum bersedia lagi berkongsi tentang hal rumah tangga. Sejak dari dulu, saya tidak pernah menceritakan hal peribadi kepada umum.

“Setiap orang ada pendapat masing-masing dan kita semua tidak terlepas daripada masalah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media mini siri, Astana di Dadi Cinema, Pavilion, di sini.

Luqman juga berharap orang luar menghormati pendiriannya untuk tidak membuka mulut hal berkaitan rumah tangga kepada umum.

“Saya faham sebagai anak seni, orang memang nak tahu cerita peribadi kita. Seperti saya katakan, saya bukan jenis yang suka mencanang hal peribadi.

“Jadi, kalau orang masih nak buat spekulasi, terserah. Saya cuma mahukan ketenangan. Lambat-laun, saya akan kongsikan juga, cuma tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mad Apandi 20 Mac 2020 selepas empat tahun bercinta. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya