Curi baja: Reman suspek disambung lima hari lagi

Curi baja: Reman suspek disambung lima hari lagi

curi
MOHD. YUSRI HASSAN BASRI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tempoh reman seorang lelaki dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, perintah sambung reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu diperoleh sehingga Sabtu depan.

“Kita telah merakam keterangan suspek dan beberapa saksi lain yang melihat kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di
sini hari ini.

Menerusi laporan media Isnin lalu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah di tepi jalan selepas terlibat pergaduhan dengan suspek dalam kejadian pada pukul 5 petang.

Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya.

Hasil bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan tulang belulang dan jantung fibrosis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya