Capai usia 50 tahun, MITASA kekal relevan

MITASA kekal relevan perjuang nasib pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Kakitangan Akademik (MITASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencapai usia 50 tahun kekal relevan sebagai salah satu kesatuan sekerja dalam sektor pendidikan tinggi  dalam memperjuangkan nasib kakitangan akademik khususnya di universiti.

Kesatuan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, MITASA yang ditubuhkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 mempunyai keahlian seramai lebih 2,600 terdiri daripada pensyarah pelbagai gred jawatan di hampir semua kampus UiTM.

“Buat masa ini, MITASA yang juga merupakan ahli gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (CUEPACS) dan ahli Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dipilih mempengerusikan Majlis Presiden Persatuan Akademik (MPPA) yang mula diwujudkan secara rasmi pada 2021.

“Selain itu, bersempena dengan sambutan jubli emas ini, MITASA berazam terus bersama-sama pensyarah khususnya pensyarah UiTM dalam memperjuang nasib serta memastikan perkhidmatan pensyarah terus mantap di masa depan,” katanya.

AHMAD FAISAL MOHAMED FIAH

Legasi yang ditinggalkan pemimpin-pemimpin MITASA dan UiTM amnya sebelum ini diteruskan dengan kepemimpinan yang diterajui pensyarah kanan dFakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Ahmad Faisal Mohamed Fiah yang kini di kenali sebagai Pusat Pengajian Komunikasi dan Media di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media. 

MITASA juga diperkuat Saharudin Lin yang menjawat jawatan Timbalan Presiden manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Dr. Mazlan Che Soh di samping Dr. Normaly Kamal Ismail pula menyandang jawatan Bendahari.

Menurut kenyataan itu,  MITASA sedar cabaran yang perlu dilalui masa kini terutama dalam era pendidikan 5.0 dan revolusi industri 4.0 yang mana kemajuan masyarakat berlaku dengan pantas namun kesatuan itu terus bersama-sama pensyarah dalam mendepani cabaran berkenaan.

“MITASA ingin menyeru semua warga pendidik dan pengurusan UiTM serta Kementerian Pengajian Tinggi untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada MITASA sekalipun ada beberapa ketika, MITASA dan pihak-pihak lain mempunyai pandangan dan pendekatan berbeza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya