Buntu anak hidap tiga penyakit kronik

Buntu anak hidap tiga penyakit kronik

NOOR Diana Shaidon (kanan) memantau keadaan Muhammad Adha Mihakel sambik diperhati ahli keluarga lain di rumah mereka di Jalan Lubok, Tanah Merah, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Sepasang suami isteri dari Jalan Lubok di sini, buntu memikirkan nasib bayi mereka berusia dua bulan yang menderita tiga penyakit kronik iaitu paru-paru, injap jantung sempit dan jantung berlubang.

Ibu bayi berkenaan, Noor Diana Shaidon 35, berkata, Muhammad Adha Mikhael Kamaruddin disahkan mengalami masalah paru-paru, ketika berusia sebulan semasa menerima rawatan susulan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Tanah Merah (HTM).

Katanya, anak bongsunya dari empat adik beradik itu memerlukan penjagaan rapi dan bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas bagi mendapatkan bekalan tenaga.

“Muhammad Adha Mikhael perlu diberi susu setiap tiga jam sekali bagi memastikan sumber tenaganya mencukupi dan tidak membantutkan proses tumbesarannya. Saya mendapatkan bekalan susu itu melalui Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tidak dijual melalui farmasi luar.

“Susu tersebut bernilai RM150 setin dan hanya mampu bertahan tiga hari. Jika kehabisan bekalan (susu), anak saya terpaksa dimasukkan ke wad dan berpuasa disebabkan dia tidak boleh minum susu lain,” katanya semalam.

Noor Diana berkata, pendapatan tidak menentu suaminya Kamaruddin Hussin, 32, sebagai penebang pokok sekitar RM1,000 sebulan tidak mencukupi untuk membeli barangan keperluan Muhammad Adha Mikhael berjumlah RM1,500.

Katanya, selain itu mereka perlu menanggung perbelanjaan persekolahan tiga lagi anak berusia antara enam tahun hingga 16 tahun dan perlu membayar rumah sewa sebanyak RM350 sebulan.

“Setiap bulan, Muhammad Adha Mikhael perlu menghadiri janjitemu di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk berjumpa dengan pakar paru-paru selain memantau perkembangan tahap kesihatan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 153056373047 atas nama Noor Diana Shaidon atau menghubunginya di talian 01116914552. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya