Bukan lagi masa kejar tawaran - Amy Mastura - Utusan Malaysia

Bukan lagi masa kejar tawaran – Amy Mastura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pada usia mencecah 51 tahun, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura selesa mengambil pendekatan bersederhana dan tidak lagi sibuk mengejar pelbagai tawaran.

Penyanyi lagu Jawapan Kasih itu sebaliknya mahu memanfaatkan masa yang ada untuk diri dan keluarga selepas sekian lama dihambat kesibukan kerja.

“Saya masih menyanyi dan berlakon. Tetapi pada usia sekarang, saya tidak lagi terlalu mengejar tawaran.

“Saya tidak mahu hidup terkejar-kejar. Kalau terima sesuatu tawaran, hanya itu yang saya selesaikan pada satu-satu masa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi telah melahirkan 13 album termasuk tujuh album studio, tiga kompolasi, satu remix serta dua OST filem.

Dia juga telah berlakon dalam 14 filem termasuk Impian, Puteri Impian dan Trauma.

Kata Amy lagi, sejak dahulu dia tidak pernah merancang perjalanan kerjaya seninya, malah hanya mengikut sahaja apa yang telah ditentukan Allah.

“Saya bersyukur kerana Allah beri lebih daripada apa yang saya mahukan. Saya tidak bercita-cita tinggi, malah jadi penyanyi pun sekadar mahu dengar suara di radio.

“Saya fikir hanya mahu ada satu album, tetapi Alhamdulillah, Allah beri lebih. Saya hargai apa yang saya terima dan bersyukur dengan ketentuannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya