Bukan eksklusif, Sofia Jane kekal selektif - Utusan Malaysia

Bukan eksklusif, Sofia Jane kekal selektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon senior, Datin Sofia Jane menolak persepsi segelintir peminat yang menganggapnya sebagai bintang eksklusif, lantaran penampilannya di layar kaca atau perak agak terbatas.

Jelas Sofia, pada usia pembabitan kerjayanya yang menjangkah lebih 30 tahun, dia memilih karya yang benar-benar mampu mencerminkan kematangan dan pengalamannya dalam industri lakonan.

“Saya tidaklah eksklusif, cuma sudah enam tahun tidak berlakon secara serius. Ada juga berlakon tetapi dalam filem indie. Mungkin ketika itu masanya belum sesuai dan saya juga tidak bersedia untuk comeback.

“Saya sebenarnya melihat kepada skrip dan jalan cerita. Saya bernasib baik kerana boleh memilih naskhah mana yang benar-benar sesuai.

“Saya dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman. Saya juga sangat merindukan dunia lakonan. Ada yang kata saya sudah bersara, tetapi hakikatnya tidak. Cuma, keluarga dan kehidupan peribadi menjadi keutamaan,” katanya.

Ditanya apakah nasihat atau tips yang boleh dibekalkan kepada bakat baharu untuk kekal relevan, Sofia berkata, apa yang paling penting adalah terus menjadi diri sendiri dan tidak terikut-ikut dengan artis sedia ada.

“Saya sendiri ada idola, tetapi kita harus menjadi diri sendiri. Belajar untuk mencari identiti serta asah bakat sendiri. Semua orang ada potensi, malah banyak yang akan berjaya. Tetapi, untuk kekal relevan , itu memerlukan usaha.

“Lebih-lebih lagi pada zaman media sosial, kita mampu meraih populariti dalam jangka masa yang sangat cepat. Tetapi, bakat tetap nombor satu. Itu yang membuatkan anda dihormati,” kata pelakon filem fenomena, Perempuan, Isteri dan… pada 1993 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya