Bukan buka aib sendiri, tetapi kejujuran sebagai pedoman - Fuad Rahman - Utusan Malaysia

Bukan buka aib sendiri, tetapi kejujuran sebagai pedoman – Fuad Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Fuad Rahman tidak kisah seandainya ada yang mengecam dan memandang serong terhadapnya lantaran pendedahan episod hitam yang pernah dilaluinya.

Jelas Fuad yang juga peserta Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, dia bukan mahu membuka aib sendiri, sebaliknya mengharapkan kejujurannya itu dapat dijadikan pedoman, terutama kepada mereka yang melalui jalan hidup hampir sama.

“Ada yang cakap, kenapa perlu buka aib apabila bercerita tentang keluar masuk penjara. Bukan niat saya hendak buka aib sendiri, sebaliknya itu kejujuran supaya pada kemudian hari, saya boleh ceritakan pahit manis kehidupan.

“Saya juga berharap kejujuran saya ini dijadikan pengajaran untuk mereka yang belum kembali ke pangkal jalan. Jangan takut, peluang untuk berubah itu sentiasa ada. Cekalkan hati dan percaya, Tuhan itu ada.

“Pengalaman saya juga diharap mampu memberi semangat kepada bekas banduan lain kerana kita boleh berubah. Kalau saya boleh, anda semua boleh. Berapa kali pun jatuh, berdoalah supaya Tuhan permudahkan penhijrahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, kongsi penyanyi kelahiran Singapura itu, dia menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Layang Layang Terputus Talinya pada minggu keempat GV9 kerana teringat kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

“Saya teringat ibu, kawan-kawan dan pengalaman lalu. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya merasai kembali kegembiraan dalam hidup. Sekarang saya lebih tenang.

“Apa yang saya perjuangkan ini juga memberi peluang untuk mengembangkan sayap di sini. Semoga perjalanan ini dipermudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya