BN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum penamaan 

BN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan 

AHMAD Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaakob  bergambar bersama  ahli UMNO yang hadir pada Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Negeri Terengganu di Jenagor,  Kuala Berang,  Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) memuktamadkan senarai penuh  calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  dalam tempoh tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon pada 5 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 70 peratus daripada calon tersebut adalah dalam kalangan muka baharu dalam parti-parti komponen BN.

Katanya, BN telah menguji penampilan 84 peratus muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan 72 peratus dalam PRN Johor.

“Pengundi-pengundi mahu supaya muka baharu yang dipilih memberi semangat kepada parti dan berkhidmat kepada pengundi dan rakyat diwakili,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Negeri Terengganu di Jenagor,  Kuala Berang,  di sini, hari ini.

Yang hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Selain itu, beliau meminta pemimpin lama yang tidak tercalon membantu calon muka baharu memenangi kerusi masing-masing pada  PRU15, 19 November ini.

“Itulah harapan Perdana Menteri dan saya  (pemimpin lama  bantu calon baharu),” ujarnya.

Selain itu beliau memberitahu, BN mengenal pasti sebanyak 27 hingga 31 kerusi kritikal yang akan diberi perhatian untuk memperoleh kemenangan pada PRU15.

“Kita berazam memperkukuh jentera pilihan raya BN untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya