BN menang 10 kerusi di Kedah, nanti tahu gelak atau teriak

BN menang 10 kerusi di Kedah, nanti tahu gelak atau teriak – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan sasaran Barisan Nasional (BN) meraih sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kedah sebagai satu mimpi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu berkata, perkara itu kerana melihat kepada kedudukan BN yang hanya memenangi dua kerusi ketika PRU14. 

“Saya tak nampak pun (BN berjaya). Siapa yang nak bertanding pilihan raya boleh cakap apa sahaja. Nak berapa kerusi, cakap sajalah. Realitinya hanya berlaku di hari pengundian (yang mana) rakyat akan buat pilihan.

“Malam itu tahu keputusan, esok boleh tahu gelak ka (atau) teriak?” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Projek Aerotropolis di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa gabungan parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU15.

Selain Parlimen Padang Terap dan Baling, BN mengintai lapan lagi kerusi tambahan kerana berkeyakinan dengan faktor kepemimpinan dan jentera parti itu.

Ketika ditanya rundingan kerusi antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Sanusi berkata, proses berkenaan sudah selesai melalui persefahaman kedua-dua parti itu namun enggan mendedahkan lebih lanjut.

 “Belum boleh didedahkan lagi (tunggu) pada hari penamaan calon akan diumumkan,” katanya.

 Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi menepis khabar angin yang menyatakan beliau akan bertanding pada PRU15 yang tersebar luas sebelum ini.

 “Saya tak bertanding, itu saya boleh jawab terus. Saya kena ka bagi sebab tak bertanding? Dok macam inilah tak payah bagi sebab. Tidak bertanding biasalah. Saya baru sepenggal jadi wakil rakyat negeri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya