Bicara S.M Faisal cederakan bekas isteri 25 November - Utusan Malaysia

Bicara S.M Faisal cederakan bekas isteri 25 November

S.M FAISAL S.M. NASIMUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menangguhkan sehingga 25 November ini perbicaraan kes Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Majistret Nadia Othman menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili S.M Faisal, Datuk Jagjit Singh memaklumkan kepada mahkamah, seorang lagi peguam yang mengendalikan sesi soal balas terhadap saksi baharu, tidak dapat hadir kerana bercuti sakit.

Ujar Jagjit, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang sepatutnya menyoal balas saksi berkenaan, tidak sihat kerana mengalami masalah pernafasan.

EMILIA Hanafi hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes. – UTUSAN/AMIR KHALID

“Saya dengan rendah diri mohon jasa baik mahkamah agar kes ditangguhkan. Ini kerana Akberdin adalah peguam yang sepatutnya membuat pemeriksaan balas terhadap saksi itu” kata Jagjit.

Pada masa yang sama, Jagjit turut memaklumkan pihak pembelaan baru menerima salinan pernyataan saksi baharu yang juga saksi pendakwaan keenam (adik Emilia).

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria kemudian memaklumkan pihak pendakwaan telah menyerahkan salinan pernyataan saksi kelmarin yang kemudian disahkan oleh peguam tersebut.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya