Biasanya orang bersalah, dia diam - Ismail Sabri

Biasanya orang bersalah, dia diam – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan pihak tertentu yang masih diam berhubung laporan pasukan khas siasatan membabitkan memoir tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Kata Perdana Menteri, kebiasaannya orang bersalah akan berdiam diri jika terbabit sama.

“Saya tidak tahu mengapa diam? Biasanya orang yang rasa bersalah, dia diamlah. Itu biasanya.

“Tapi saya tidak tahu (pendirian) mereka dalam isu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih tidak mengulas hasil siasatan dikemukakan pasukan khas dalam laporan 225 muka surat hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Hasil siasatan itu kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.

Pasukan itu turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kini terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat Tommy mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, antaranya di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita dah nyahfikasikan laporan ini, sesiapa saja boleh lihat ini di laman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya