Bertembung PRU-15: UTM pinda tarikh konvokesyen

Bertembung PRU15: UTM pinda tarikh konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunda tarikh Majlis Konvokesyen Ke-66  yang dijadualkan pada 19 November ini kerana bertindih dengan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, penundaan tarikh berkenaan telah mendapat perkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM.

“Sehubungan dengan pindaan ini, berikut adalah pindaan sesi yang terlibat bagi majlis berkenaan iaitu sesi 1, 2 dan 3 diadakan pada pukul 8 pagi dan 2 petang pada 24 November serta pukul 8 pagi, pada 25 November.

“Bagi sesi 4 hingga sesi 9 kekal pada tarikh 21 dan 23 November seperti yang telah dijadualkan.

“Pindaan ini dibuat bagi  memberi laluan kepada semua warga UTM, graduan dan ahli keluarga mereka menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi,” jelas kenyataan tersebut.

Selaras dengan pindaan tersebut, graduan dimohon untuk merujuk laman web rasmi MK-66 menerusi pautan www.utm.my/convocation untuk sebarang maklumat terkini.

Pihak UTM memohon maaf kepada graduan atas kesulitan yang timbul dan amat menghargai pertimbangan dan komitmen semua dalam menjayakan majlis konvokesyen itu.

Terdahulu, Majlis Konvokesyen Ke-66 UTM telah dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 19 hingga 23 November ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya