Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful jadi calon - Utusan Malaysia

Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful jadi calon

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tasek Gelugor menyokong penuh Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai calon untuk kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bersatu Bahagian Tasek Gelugor dalam satu kenyataan memberitahu, terdahulu, satu perbincangan diadakan bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Oktober lalu susulan laporan akhbar mengenai kemungkinan Wan Saiful akan bertanding di situ.

Jelas kenyataan itu, dalam pertemuan di kediaman Muhyiddin, mereka menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan ‘mengangkat’ bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu sebagai calon bagi mewakili PN untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

“Bersatu Tasek Gelugor pada awalnya menamakan Ketua Bahagian, Azmi Alang untuk menjadi calon.

“Namun, kami bersedia memberi laluan dan menyokong Datuk Wan Saiful untuk membuka ruang bagi tokoh muda peringkat nasional yang berpotensi menjadi Kabinet untuk membawa kemakmuran kepada semua penduduk Tasek Gelugor,” katanya.

Tambahnya, Azmi juga menunjukkan jiwa besar kerana bukan sahaja menyokong sepenuhnya pencalonan Wan Saiful, tetapi akan turut bekerja memenangkan calon yang dipilih itu.

“Justeru, kami berharap pihak PN Pusat akan memberi perhatian kepada pandangan kami di peringkat bahagian ini,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya