SIAPA menjadi calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Tasek Gelugor semakin menarik untuk diperhatikan selepas penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya mengesahkan tidak mempertahan kerusi itu. Secara tradisinya kerusi itu ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditinggalkan Shabudin meskipun beliau sebelumnya melompat dari UMNO. Maka tidak hairan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan antara yang disebut-sebut bakal diletakkan Bersatu di kerusi tersebut, apatah lagi dengan anggapan Tasek Gelugor kerusi putih bagi PN selaku penyandang. Namun, siapapun yang bakal dicalonkan Bersatu kelak tidak dapat mengelak daripada pergeseran dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya