Belanjawan 2023 tak sempat lulus sebelum PRU-15?

Belanjawan 2023 tak sempat lulus sebelum PRU-15?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Desas-desus Dewan Rakyat bakal dibubarkan dalam masa terdekat sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Belanjawan 2023 sempat diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya.

Hal ini wujud cakap-cakap mengatakan pembubaran Parlimen antara Oktober dan November ini sedangkan tarikh terakhir sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing pada 29 November dan 22 Disember untuk memberi ruang pembahasan dan undian belanjawan dalam kalangan wakil-wakil rakyat.

Sekiranya Parlimen dibubarkan tidak lama kemudian selepas pembentangan bajet pada 7 Oktober nanti, pengumuman itu akan dilihat hanya sekadar atas kertas sahaja.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, secara logiknya tempoh dua bulan diperlukan berbahas dan meluluskan belanjawan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dibawa kepada per­kenan Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas perbahasan perlu dijalankan pengundian bagi setiap kementerian dan belanjawan keseluruhan negara juga adalah wajib dijalankan undian supaya RUU Perbekalan atau belanjawan itu selepas diluluskan oleh Dewan

Rakyat akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang.

“Proses ini mengambil masa sehingga ke bulan Disember. Ini bermakna pilihan raya umum ke-15 hanya boleh diadakan pada 2023,” katanya.

Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini, namun, dibentang tiga ming­gu lebih awal dengan dijadualkan semula 7 Oktober selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Justeru, menurut Hassan, kerajaan hari ini dilihat tidak bertanggungjawab sekiranya membentangkan Bajet 2023 dan beberapa hari kemudian sebelum dibahaskan dan diluluskan, Perdana Menterinya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU15.

“Apabila Parlimen dibubarkan sedangkan belanjawan yang dibentangkan tetapi belum diluluskan maka semua prosiding sidang Parlimen itu hanya untuk menipu rakyat. “Jika senario ini benar-benar berlaku, maka selepas

PRU-15 nanti Rang undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan) perlu dibentangkan semula oleh Kerajaan Persekutuan yang baharu. Ini seolah-olah perlu dua kali kerja kerana belanjawan tahun depan kena diluluskan Parlimen semasa,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya