Bekas ADUN Sekong meninggal dunia dalam penerbangan ke Sabah - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Sekong meninggal dunia dalam penerbangan ke Sabah

SAMSUDDIN YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum dapat berkongsi laporan lengkap berhubung kejadian tersebut.

“Ya, Allahyarham meninggal di dalam pesawat dan pesawat berkenaan telah pun berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagaimanapun laporan lengkap berhubung kejadian, punca dan sebagainya belum lagi diperoleh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi akaun Facebooknya memaklumkan perkara tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham Datuk Shamsudin Yahya, Allah SWT letakkan bersama orang soleh dan beriman.

“Takziah kepada Datin Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima dengan kehendak Allah SWT,” katanya.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di laman Facebook, Allahyarham dikatakan sedang dalam penerbangan menghala ke Kota Kinabalu, Sabah namun meninggal dunia selepas kira-kira 40 minit penerbangan berlepas yang mengakibatkan pesawat berpatah balik KLIA.

Allahyarham merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi yang sebelum ini menyandang kerusi DUN Sekong selama tiga penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya