Bayi meninggal dunia selepas lima hari terlibat kemalangan

Bayi meninggal dunia selepas lima hari terlibat kemalangan elak ular

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung kemalangan jalan raya mengorbankan seorang wanita di Sik, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang bayi lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya meragut nyawa ibunya di Kilometer 29 Jalan Jeniang Sik-Pedu di Kampung Charuk Padang di sini Rabu lalu, meninggal dunia hari ini.

Bayi baru berusia lima hari itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, dekat sini kira-kira pukul 2 petang.

Datuk kepada bayi terbabit, Mansor Adali, 51, berkata, jenazah cucunya, Muhammad Irfan Hidayat Afnan dibawa balik ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di sini hari ini.

“Arwah cucu saya dikebumikan bersebelahan kubur ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, selepas selesai urusan di hospital,” katanya.

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya itu selepas doktor mengesahkan kematiannya.

“Wajah arwah cucu amat berseri, doktor telah berusaha  menyelamatkannya, namun Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda dengan pemergian cucu lelaki ini,” ujarnya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, nyawa seorang bayi dalam kandungan masih panjang biarpun ibunya telah menghembuskan nafas terakhir selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Nor Hidayah Abdullah, 27, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badan gara-gara mengelak seekor ular.

Bayi lelaki berkenaan  diselamatkan menerusi kaedah pembedahan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSAH. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya