‘Bantulah saya dapatkan sebuah gerai’

‘Bantulah saya dapatkan sebuah gerai’

SALBIAH Atan melayan pelanggan di gerai jualannya di kaki lima sebuah bank di Jalan Datuk Haji Hassan, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita yang menjual kuih-muih serta makanan untuk sarapan merayu pihak berkuasa memberi bantuan gerai bagi membolehkannya berniaga dengan lebih selesa berbanding keadaan sedia ada.

Salbiah Atan, 58, berkata, sekarang ini dia berniaga di kaki lima sebuah bank di Jalan Datuk Haji Hasan dekat sini sejak 10 tahun lalu, menggunakan sebuah payung dan dua buah meja lipat walaupun mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Dengan hasil jualan antara RM10 hingga RM30 sehari, dia mengakui tidak mampu membeli sebuah gerai yang lengkap dengan bumbung serta beroda.

“Sebahagian daripada jualan adalah hasil tangan saya, manakala selebihnya dihantar oleh kawan-kawan yang ingin membantu menambah jumlah pendapatan harian.

“Namun, hasil jualan yang diperoleh ibarat kais pagi makan pagi kerana sebahagian dari­padanya perlu disimpan untuk menampung kos sewa rumah sebanyak RM600 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ibu tunggal yang tinggal di Taman Kurnia bersama seorang anaknya turut berharap dapat menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tiga daripada empat anak­nya sudah mendirikan rumah tangga, manakala seorang lagi bekerja sebagai kerani di ibu negara .

“Jika ada bantuan, bolehlah digunakan oleh saya untuk menampung kos perbelanjaan harian selain membayar bil utiliti serta modal membuat kuih yang lebih banyak,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Salbiah menerusi talian 010-3052066. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya