PETALING JAYA: Bajet 2023 yang dijadual dibentang di Parlimen hari ini perlu dikemuka dan diluluskan walaupun berdepan kemungkinan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat. Jika tidak dibentangkan, bayaran emolumen serta perbelanjaan lain yang diperuntukkan dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi setiap kementerian, jabatan, agensi kerajaan akan terjejas dan mengalami kelewatan. Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan, dianggarkan sebanyak RM311.1 bilion dibelanjakan meliputi RM233.5 bilion perbelanjaan mengurus manakala RM77.6 bilion lagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Malah laporan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya