Bajet 2023 dibentang semula jika Parlimen bubar

Bajet 2023 dibentang semula jika Parlimen bubar

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  dalam sidang akhbar selepas pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bajet 2023 tidak menjadi belanjawan yang sia-sia sekiranya Parlimen dibubarkan, sebaliknya dibentangkan semula dan diluluskan apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini berdasarkan kepada Bajet 2000 yang dibentangkan pada 1999.

“Soalan tarikh bubar perlu ditanya kepada Perdana Menteri, tetapi perkara ini pernah berlaku pada 1999.

“Jika kita rujuk kembali apa yang berlaku pada 1999, bajet dibentangkan, kemudian ada pembubaran dan bajet dibentangkan semula.

“Jadi itu yang akan berlaku sekiranya ada pembubaran, tetapi soal bubar perlu ditanya kepada Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya