Tiada pencabar Kui Lun di Parlimen Bukit Bintang

(ANALISIS) Tiada pencabar Kui Lun di Parlimen Bukit Bintang

FONG KUI LUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAP akan terus menguasai kerusi Parlimen Bukit Bintang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dengan mempertaruhkan ‘kuda lama’, Fong Kui Lun yang juga Bendahari Kebangsaan parti.

Kui Lun sudah menduduki kerusi Bukit Bintang sejak 1999 lagi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) ketika itu, Datuk Dr. Lee Chong Meng.

Ia secara jelas menandakan DAP sudah membina ‘tapak’ yang cukup ampuh dan kukuh di Bukit Bintang sejak lima penggal lagi.

Semasa PRU-14, Kui Lun mengalahkan pencabarnya iaitu daripada BN, Ann Tan Ean Ean (7,256) dengan jumlah 44,516 undi dan menjadikan majoriti undi diperoleh adalah 37,260, ia boleh disifatkan sebagai kemenangan selesa dan besar.

Mengesahkan mengenai ‘nasibnya’ di kerusi Parlimen Bukit Bintang kepada Mingguan Malaysia, Kui Lun berkata, beliau akan terus bertanding dan mempertahankan kerusi itu daripada pencabar lain.

“Saya akan terus bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bintang, sudah lima penggal saya di sini,” katanya ketika dihubungi.

Malah, Kui Lun turut menolak sama ada akan berpindah ke kerusi Parlimen lain mahupun bersara daripada politik, buat masa ini.

Bagi menghadapi PRU-15 yang mungkin diadakan tahun ini, setiap parti kelihatan masih ketandusan calon untuk diletakkan di Parlimen Bukit Bintang, mereka memerlukan seseorang lebih berpengaruh untuk merampas kerusi Parlimen tersebut daripada Kui Lun.

Walau bagaimanapun, diramalkan Kui Lun akan tetap menang dengan selesa kerana asas yang dibina olehnya dan DAP sejak lebih dua dekad di Bukit Bintang memberi kelebihan untuknya terus berkhidmat di sana.

Bercakap mengenai perkara itu, Kui Lun sendiri memaklumkan beliau tidak melihat mana-mana ‘sosok’ daripada parti lain khususnya BN dan MCA, tiada aktiviti di Bukit Bintang.

“Setakat ini tiada individu yang boleh mencabar di Parlimen Bukit Bintang, saya tidak lihat mana-mana calon MCA ini kerana tiada aktiviti-aktiviti dilakukan oleh mereka daripada pilihan raya sebelum hingga ke hari ini,” katanya.

Namun, Kui Lun enggan mendabik dada dan percaya akan terus memegang kerusi Parlimen tersebut, sebaliknya menyerahkan pemilihan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang ‘layak’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya