SEREMBAN: Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pagi ini.
Zulkifli menerusi akaun media sosial memaklumkan, anaknya, Hammad , 22, meninggal dunia di sisinya pada pukul 5.22 pagi ini.
Difahamkan, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima beradik menderita sakit kanser sejak dua tahun lalu.
“Dengan penuh reda dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda, Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” katanya.
Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memaklumkan, solat jenazah Allahyarham anaknya itu diadakan pagi ini pada di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM di Nilai. – UTUSAN