Amanah hairan PH, PKR enggan kerjasama dengan Tun M

Amanah hairan PH, PKR enggan kerjasama dengan Tun M

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad hairan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) dan PKR yang enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Khalid berkata, Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya. Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutama dari PKR.

“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR semasa menghadiri mesyuarat jawatankuasa PH berhubung peruntukan kerusi bersama PSM dan Muda hari ini.

KHALID SAMAD

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kemungkinan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu dalam menghadapi PRU15.

Ditanya bila pertemuan antara kedua-duanya akan diadakan berikutan laporan bahawa beliau bersedia untuk menjalin kerjasama politik dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu, Anwar berkata:

“Bila (hendak) kerjasama? (dengan Dr Mahathir) siapa kata? (terbuka untuk bekerjasama) saya kata nak bincang, sesiapa pun boleh bincang,” tegas Anwar.

Menurut Khalid, mana-mana parti pembangkang yang mendapat sokongan rakyat seharusnya tidak diketepikan.

“Tetapi saya rasa pendirian Amanah tidak diterima atas apa jua alasan. Cadangan dan permintaan Pejuang untuk berjumpa telah ditolak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya