Allianz Malaysia raikan media dalam kejohanan golf

Allianz Malaysia raikan media dalam kejohanan golf

SEAN Wang (tengah, jaket putih) bergambar bersama peserta media dan pengurusan kanan Allianz sebelum Kejohanan Golf Allianz Bersama Media di KLGCC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 47 pengamal media tempatan bersama 11 pengurusan kanan Allianz Malaysia memeriahkan Kejohanan Golf Allianz Bersama Media di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, kejohanan berkenaan kembali dianjurkan selepas dua tahun tidak dapat diadakan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Menurut Sean, kejohanan yang memasuki edisi kelapan itu menarik penyertaan pengarang kanan dan pengurusan daripada hampir kesemua media cetak dan elektronik di Malaysia.

KETUA Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurans Malaysia Berhad, Charles Ong (kanan) bergambar bersama juara berpasukan, dari kiri ke kanan, Raimon Arvindra, Imran Mohamad Nor, Rastam Ariffin dan Ismadi Manap.

“Jika bukan kerana Covid-19, kejohanan ini sudah mencapai edisi yang ke-10. Apa yang penting, kami sentiasa mengalu-alukan penyertaan pemain golf dalam kalangan pengamal media bersama kami.

“Saya juga gembira melihat muka lama dan baharu untuk turut serta dalam kejohanan kali ini. Maklum balas positif tentang saingan dalam kejohanan ini juga satu petanda baik buat pemain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejohanan edisi kelapan itu, wakil dari Utusan Malaysia, Imran Mohamad Nor muncul juara individu, naib juara milik Raimon Arvindra dari Astro dan tempat ketiga Ismadi Manap dari RTM.

Tiga pemenang utama bagi kategori individu turut dinobatkan sebagai juara berpasukan yang turut dianggotai oleh Rastam Ariffin dari Allianz Malaysia.

Naib juara berpasukan dimenangi wakil dari Media Prima, Mahathir Mohamad Sidi, Amirullah Andi Nor (Berita Harian), Jaiarajo dan Soloman Lau (Allianz Malaysia).

Peserta dari TV3, Affandi Ariffin bersama Abdul Yazid Mahat (Cakap Sukan), Sulaiman Jamain (RTM), Mohamad Fadhil (Sinar Harian) menduduki tangga ketiga. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya