KEHADIRAN penyanyi, Aliah Adilah dalam industri seni, mungkin terlalu baru jika hendak dibandingkan dengan idolanya, Aina Abdul. Belum terkenal dan belum berupaya mencipta populariti, malah perjalanannya masih terlalu jauh untuk sampai ke tahap itu. Pun begitu, sedaya upaya Aliah cuba membuang perasaan gementar kerana percaya, bakat yang ada dapat dikongsi, seterusnya dihargai mereka yang arif menilai. Bertatih memulakan perjalanan menerusi single Resah, Aliah tidak menyangka, nasib menyebelahinya ketika dia berjinak-jinak menjadikan ruang Instagram dan TikTok sebagai platform memperkenalkan namanya kepada umum. “Saya mula sedar dikurniakan bakat menyanyi ketika berusia 15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya