Alami slip disc, Azira Shafinaz lebih berhati-hati

Alami slip disc, Azira Shafinaz lebih berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pernah menanggung sakit akibat slip disc, penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mengakui lebih berhati-hati ketika melakukan pergerakan lasak.
Kata anggota kumpulan De Fam ini, dia perlu berwaspada agar kesakitan tersebut tidak kembali.

“Saya disahkan mengalami slip disc sejak 2014 selepas jatuh tangga. Setelah melakukan rawatan, kesakitan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Dulu, kesannya sangat teruk, sampai sukar untuk berjalan dan luruskan badan. Saya lebih banyak duduk.

“Meskipun kesakitan itu sudah tiada, saya tetap berhati-hati dan menjaga pergerakan, terutama ketika melakukan aktiviti lasak,” katanya yang bakal muncul dengan filem Talbis Iblis.

Kata pelakon Penunggang Agama 2 ini lagi, dia banyak melakukan rawatan fizikal untuk sembuh tanpa pembedahan.

“Doktor tidak sarankan saya melakukan pembedahan. Katanya slip disc yang saya alami tidak teruk.

“Saya banyak melakukan fisioterapi dan rawatan akupunktur. Alhamdulillah, ia berhasil menyembuhkan kesakitan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya