Air mata kesyukuran sambut kepulangan Azie

Air mata kesyukuran sambut kepulangan Azie

ROSNAZIRAH Mohd. Naim (dua dari kanan) bersama anak dan kedua ibu bapa mengaminkan doa di rumah suaminya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie, 36, yang didakwa diculik dan dilarikan ke Thailand sejak 13 September lalu, selamat kembali ke pangkuan keluarga hari ini.

Azie tiba di rumah suaminya di Jalan Kelochor di sini pada pukul 2.50 petang ini dengan diiringi Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun bersama pegawai dan anggota.

Kepulangan Azie disambut dengan tangisan kesyukuran oleh seluruh ahli keluarga termasuk  ibu bapanya dan iaitu Mohd. Naim Awang, 70, serta Zahasnah Mohd. Zain, 61, anak, adik-beradik serta sanak saudara.

Selain itu doa selamat turut dibaca sebagai tanda kesyukuran Azie kembali semula ke pangkuan dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Azie yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat sini pada 13 September lalu diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah lokasi di Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, susulan itu, mangsa dibawa pulang ke negara ini hasil bantuan pihak berkuasa negara tersebut.

Kata beliau, tujuh individu warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Pada 13 September lalu, mangsa didakwa ‘dilarikan’ tiga lelaki selepas dikaitkan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya