Ahli Parlimen Alor Setar tidak pertahan kerusi

Ahli Parlimen Alor Setar tidak pertahan kerusi

CHAN MING KAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Alor Setar daripada PKR, Chan Ming Kai sah tidak mempertahan kerusi Parlimen ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini. 

Ming Kai berkata, sebelum ini beliau sememangnya merancang memberi laluan kerusi tersebut kepada muka baharu dan mencabar kerusi yang belum dimenangi atau dikhianati seperti Bagan Datok, Pagoh, Gombak atau Ampang. 

“Namun keputusan parti setakat ini hanyalah menggantikan saya dengan calon baharu di Alor Setar. Saya dimaklumkan bahawa tidak lagi dicalonkan parti untuk mana-mana kerusi dalam PRU,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ming Kai berkata, beliau menghormati serta menerima keputusan dibuat oleh partinya itu. 

“Terima kasih kepada semua rakyat dan ahli yang memberi sokongan sepanjang 20 tahun perkhidmatan dari Perak, Perlis hingga ke Kedah,” katanya. 

Ming Kai yang membesar di Ipoh mula menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai di Perak pada 2008 sebelum menjadi ADUN Indera Kayangan di Perlis pada 2013. 

Beliau kemudian memenangi kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU14 dengan memperoleh 32,475 undi menewaskan calon Pas, Aminur Shafiq dan calon Barisan Nasional (BN), Yoo Wei How yang masing-masing sekadar memperolehi 17,275 dan 14,181 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya