KADANG kala, memang Cik Bunga geram dengan sikap orang lelaki. CikBunga tak kata semua, tetapi segelintir mereka mungkin sejak azali sukar mengikis perangai miang dalam diri.
Asal nampak perempuan berdahi licin sikit, masing-masing hendak mencuba nasib. Takkisahlah secara berdepan atau di media sosial. Asalada peluang orang kata, mereka takkan lepaskan.
Nak dijadikan cerita, pengalaman sama turut dilalui pelakon baharu yang sedang meningkat populariti, Ahirine. Orangnya memang cantik, tinggi lampai persis peragawati.
Sudahlah cantik, aktif dalam sukan permotoran dan ada kemahiran seni bela diri lagi! Tetapi, dalam pada nampak lasak itu, tidak sangka ada juga lelaki miang yang lupa diri berani menghantar mesej dan gambar tidak senonoh kepada Ahirine di media sosial.
Bukan seorang dua, tetapi ramai. Macam mana Cik Bunga tahu? Eh, adalah…Takkan semua benda kita nak cerita.
Cik Bunga juga dapat tahu, sebelum ini, dalam satu acara permotoran, Ahirine jadi tumpuan peserta lelaki yang galak mahu bergambar dengannya.
Nak bergambar itu tidak salah. Cuma, apa yang membuatkan pelakon ini dikatakan tidak selesa bila ada yang mula berkelakuan tidak senonoh ketika mendekatinya.
Tak payah kata Ahirine, mana-mana wanita pun pasti akan cakap mereka tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Cuma Cik Bunga puji sikap Ahirine kerana tidak mudah melenting dan profesional mengendalikan situasi.
Kalau Cik Bungalah, agaknya habis tayar motorsikal mereka kita togelkan. Aduhai…kasihan juga Cik Bunga pada pelakon ini. Bimbang juga jika
Ahirine tersilap langkah. Tetapi, Cik Bunga tengok Ahirine masih pandai membawa diri. Diharapkan Ahirine kekal dengan prinsip dan profesionalisme yang dipegang. Kita faham, orang cantik memang ramai yang mahu mendekati.
Tetapi, diri sendiri juga kena bijak. Biar ada kelas orang kata.