7,124 anggota polis Perak bertugas PRU-15

7,124 anggota polis Perak bertugas PRU-15

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) menyaksikan serah tugas antara Mazuki Mat (kiri) dengan Hudri Mohd. Arshad di Dewan IPD Kerian di Bagan Serai hari ini.- UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seramai 7,124 anggota polis daripada Kontinjen Perak akan ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi terjamin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis Perak juga sedang menunggu maklum balas dari Bukit Aman berhubung cuti anggota yang ditugaskan sepanjang PRU-15.

Menurutnya, polis yang ditugaskan  bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang awam sepanjang PRU15.

“Kita yakin dengan jumlah keanggotaan yang ditugaskan ini dapat memastikan orang ramai atau pengundi dapat keluar dengan selamat dan terjamin,”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas di antara Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat dengan Deputi Superintenden Hudri Mohd. Arshad.

Menurut Mohd. Yusri, polis juga telah mengenal pasti bagi kawasan yang mungkin berlakunya banjir pada PRU15.

Katanya, pihaknya telah bersedia dengan pelbagai aset dan dibantu oleh agensi berkaitan bagi memastikan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir berjalan dengan lancar.

“Polis menasihatkan pengundi atau parti -parti  yang bertanding agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak berlaku rusuhan.

“Jika berlaku sebarang rusuhan atau perlanggaran undang-undang,kita akan ambil tindakan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya