6 pengedar dadah ditahan

6 pengedar dadah ditahan

ANTARA barangan dirampas polis daripada sindiket pengedar dadah di kondominum di Jalan Sultan Ismail, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan enam individu di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail dekat sini semalam selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Dalam serbuan pada pukul 4.10 pagi itu, pihak polis turut merampas 1.06 kilogram (kg) dadah methamphetamine dan 6.7 gram kanabis dianggarkan bernilai RM42,720.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya turut menyita wang tunai sebanyak RM3,000 dipercayai hasil dari jualan dadah tersebut.

Katanya, semua individu yang ditahan berusia 17 hingga 41 tahun dipercayai terbabit secara langsung dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan lanjut mendapati semua suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, kesemua suspek terbabit kini ditahan reman selama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya