505,465 wanita jalani ujian saringan kanser payudara, serviks

505,465 wanita jalani ujian saringan kanser payudara, serviks

SITI Zailah Mohd. Yusoff (tengah) turut menyampaikan bantuan Bakul Kasih yang merupakan barangan kegunaan harian dan sukan kepada penduduk pada Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia (JKKM) dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 505,465 orang wanita di negara ini telah menjalani ujian saringan kanser payudara dan kanser serviks (HPV DNA) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sejak bulan Mei 2007 hingga 31 Ogos lalu, seramai 448,888 wanita seluruh negara turut telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Mamogram itu.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 32,604 orang melibatkan wanita di Negeri Sembilan.

“Semua wanita warganegara Malaysia atau bertaraf penduduk tetap berumur 40 hingga 70 tahun layak menerima subsidi ujian mamogram secara percuma dengan pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan. 

“Kriteria lain adalah wanita berumur 35 hingga 39 tahun dengan sejarah keluarga mengidap kanser payudara yang telah mendapat pengesahan doktor,” katanya Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia (JKKM) dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) di Kampung Orang Asli Langkap di sini semalam.

Tambahnya Siti Zailah lagi, sejak Ujian Saringan Kanser Serviks, HPV DNA diperkenalkan pada 2019 sehingga 31 Ogos lalu, seramai 56,577 orang wanita telah mendapatkannya dan daripada jumlah tersebut sebanyak 3,606 kes positif direkodkan. 

“Di Negeri Sembilan, jumlah wanita yang telah menjalani Ujian Saringan Kanser Serviks HPV DNA dari tahun 2019 hingga 31 Ogos 2022 adalah seramai 5,086 orang,” katanya lagi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya