40 terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

40 terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

ANGGOTA bomba membuat ikatan tali bagi menyeberangi sungai untuk menyelamatkan 40 pendaki yang terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 40 pendaki yang menaiki kawasan rekreasi Air Terjun Telaga Tujuh, di sini terperangkap dalam kejadian kepada air ekoran hujan lebat yang menyebabkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 mengenai kejadian pada pukul 10.16 pagi ini.

“PGO mengarahkan sebuah jentera K1-31 dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), serta sebuah RRV ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi membuat ikatan tali bagi menyeberangi sungai bagi membolehkan anggota penyelamat bergerak ke lokasi mangsa terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Sehingga kini, kerja-kerja menyelamat masih giat dilakukan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya