4 produk sirap ubat batuk, selsema Maiden Pharmaceuticals tidak berdaftar

4 produk sirap ubat batuk, selsema Maiden Pharmaceuticals tidak berdaftar di Malaysia

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Empat produk sirap ubat batuk dan selsema keluaran Maiden Pharmaceuticals, India didapati  tidak berdaftar di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesahan itu dibuat selepas semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerusi pangkalan data produk berdaftar.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi NPRA menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin.

“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.  KKM juga mengambil maklum laporan akhbar bertajuk “66 kanak-kanak maut di Gambia selepas minum ubat batuk” yang merujuk kepada empat produk yang dikilangkan Maiden Pharmaceuticals.

“Laporan itu menyebut empat produk yang dikaitkan dengan kejadian itu iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup,” katanya.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat sirap ubat batuk dan selsema dibuat oleh Maiden Pharmaceuticals itu selepas ia dikaitkan dengan kematian kanak-kanak itu.

Malah, Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat-ubatan yang tercemar itu mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan ‘kemungkinan wujud pendedahan global’. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya