PETALING JAYA : SERAMAI 3,835 pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sesi kemasukan 2022/2023 hadir dalam upacara Bai’ah atau majlis ikrar yang berlangsung di Pusat Kebudayaan UIAM, Kampus Gombak.
Majlis ikrar pelajar baharu ini berlangsung serentak di dua lagi buah kampus UIAM iaitu di Kampus Kuantan, Pahang dan Hub Pendidikan Pagoh, Johor.
Untuk kemasukan kali ini seramai 2,597 pelajar ditempatkan di Kampus Gombak, 389 pelajar di Kampus Hab Pendidikan Pagoh dan 849 pelajar di Kampus Kuantan.
bagi melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang masing-masing.
Majlis Bai’ah adalah acara kemuncak serta upacara penutup untuk minggu Ta’aruf (suai kenal) bagi pelajar baharu sebagai simbolik menandakan mereka secara rasminya menjadi warga UIAM.-UTUSAN