2,299 pelajar baharu daftar masuk UniSZA esok

2,299 pelajar baharu daftar masuk UniSZA esok

PENUNTUT baharu akan mendaftat kemasukan di UniSZA, Kuala Nerus,  Terengganu, esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Seramai 2,299 pelajar baharu pengajian peringkat ijazah sarjana muda  mendaftar bagi kemasukan semester satu sesi 2022/2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, esok.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, kesemua pelajar baharu itu mengikuti 40 program pengajian di 11 fakulti antaranya perubatan, sains kesihatan, pengajian kontemporari Islam, perniagaan dan pengurusan.

“UniSZA berharap pelajar yang mendaftar di Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan kampus dan membina kecemerlangan diri demi kecemerlangan universiti.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan semoga dapat mengikuti pengajian sambil menjaga nama baik UniSZA. Pada semester ini semua pelajar akan mengikuti pengajian secara bersemuka dan akan ditempatkan di kolej kediaman yang telah UniSZA sediakan” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya