21,000 batang pokok bakau ditanam

21,000 batang pokok bakau ditanam di bekas kolam udang

ABDUL Rahman Sulong (kanan) bersama pembantunya, Minhat Othman memeriksa pokok bakau yang telah ditanam di bekas kolam undang di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebanyak 21,000 batang pokok bakau akan ditanam di bekas kolam ternakan udang yang terbiar seluas 5.5 ekar di Pulau Tanjung Surat di sini.

Kerja-kerja semaian giat dijalankan oleh penduduk kampung melalui Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat.

Ketua Biro tapak semaian, Abdul Rahman Sulong berkata, seramai 22 ahli dari pertubuhan ini memainkan peranan menyemai dan menanam anak pokok bakau bagi memulihara kawasan terbiar di pulau tersebut.

“Sehingga kini sebanyak 12,000 pokok bakau telah ditanam dibekas kolam ternakan udang dan ribuan lagi anak pokok bakau yang disemai menunggu masa untuk ditanam.

“Pokok bakau yang ditanam dari jenis bakau minyak dan kurap untuk tiga tahun sehingga 2023,” katanya kepada Utusan Malaysia di Tapak Semaian Pokok Bakau, Pulau Tanjung Surat.

Menurutnya lagi, anak pokok bakau yang disemai menunggu masa sehingga enam bulan untuk membesar sebelum dipindahkan dari tapak semaian ke kawasan tanaman bakau.

Abdul Rahman berkata, kerja-kerja semaian dan menanam pokok bakau bermula disember 2021 dengan mendapat kerjasama dan dana dari Petronas.

“Benih-benih pokok bakau diusahakan sendiri oleh penduduk kampung dan disemai di tapak semaian sehingga matang dalam tempuh enam bulan sehingga daun-daun bakau mula bercambah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya