Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor terima sumbangan

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor terima sumbangan RM70,000

TUNKU ABU BAKAR SULTAN IBRAHIM menerima replika cek bernilai RM20,000 kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sambil diperhatikan Mohd. Hairi (kiri) dan Suhairi di Forest City Golf Resort, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor menerima sumbangan sebanyak RM70,000 sempena Kejohanan Majestic Golf 2022.

Kejohanan golf tersebut diadakan sempena Festival Majestic Johor 2022 yang disertai seramai 104 pemain di Kelab Golf Forest City, Iskandar Puteri di sini.

Anakanda Sultan Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Sultan Ibrahim berkenan menerima penyerahan cek tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah dan Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.

Sumbangan diterima daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebanyak RM20,000, Teto Engineering (RM20,000), Qul Holding (M) Sdn. Bhd., (RM20,000) dan Permodalan Darul Takzim (RM10,000). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya