Warga emas maut nahas empat kenderaan

Warga emas maut nahas empat kenderaan

KEADAAN kereta Toyota Corolla dinaiki mangsa lelaki warga emas berusia 63 tahun yang maut dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri, Kampung Banggol, Sungai Petani, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas maut, manakala lima termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Sidam Kiri, Kampung Banggol, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun dan berasal dari Taman Angsana, Kulim, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sementara itu, lima mangsa lain yang berusia antara setahun hingga 60 tahun luka dan kecederaan ringan, manakala seorang pemandu lori berusia 51 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan empat buah kenderaan iaitu dua kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Menurut beliau, ketika kejadian kereta jenis Toyota Corolla dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Sidam Kiri manakala tiga kenderaan lain dipandu dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Corolla yang dipandu laju seorang wanita berusia 25 tahun hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dan kereta Proton Saga.

“Dalam pada itu, sebuah motosikal yang berada di belakang lori tersebut tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan dan terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaidy berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang merupakan penumpang belakang kereta Toyota Corolla disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk bedah siasat. 

“Lima lagi yang cedera menerima rawatan di hospital sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya