Wanita didakwa toreh bekas suami ketika bertengkar

Wanita didakwa toreh bekas suami ketika bertengkar

NORHAYATI Serurahman diiring keluar anggota polis di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memukul dan menoreh belakang badan bekas suaminya menggunakan pisau, tahun lalu. 

Mengikut kertas pertuduhan, Norhayati Serurahman, 33, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohamad Sabri Hussin, 33,  kira-kira pukul 2.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Tambak Sebelong, Kandang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Mei 2021. 

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 (A) kanun sama.

Difahamkan, kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara tertuduh dan mangsa. Mangsa kemudian membuat laporan polis dengan memberitahu, semasa bertengkar wanita itu telah memukul muka dan menoreh belakang badannya menggunakan pisau. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memcadangkan jaminan sebanyak RM6,000 manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah dikurangkan. 

Majistret Muhammad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya