UMNO Terengganu tetap mahu bertanding solo

UMNO Terengganu tetap mahu bertanding solo

wanita umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: UMNO Terengganu menetapkan pendirian untuk kekal bertanding secara solo walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan akan bekerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, keputusan tersebut telah dicapai dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri sebelum ini lagi.  

ROZI MAMAT

“Kita di Terengganu tidak ada perubahan, PRU15 kita akan bergerak solo. Itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Perhubungan UMNO negeri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat berkelompok Persidangan UMNO empat peringkat di Plaza Rahmat Orang Kuala Berang, di sini, hari ini.

Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada pintu perundingan antara UMNO dan Pas ditutup atau tidak, hanya boleh ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT).

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu mungkin akan dibawa ke mesyuarat MT yang akan datang.

Rozi yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu memberitahu, UMNO negeri juga telah lama membuat persediaan bertanding secara solo dalam PRU15.

Ini kerana, katanya, sebelum ini UMNO telah merancang permufakatan dengan Pas tetapi tidak berjaya kerana Pas tidak jujur dalam persahabatan tersebut. 

Tambahnya, keadaan tersebut juga menyebabkan banyak tugasan yang perlu dilakukan sekiranya UMNO bersetuju menjalinkan semula kerjasama dengan Pas menjelang PRU-15.

“Kalau kita nak berpakat, kita kena bekerja dari awal, kalau ‘last minit’, saya pun kena buat banyak perkara, kita kena ambil perjalanan semula,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya