UMNO Kuala Selangor, Tanjong Karang serah nama calon

UMNO Kuala Selangor, Tanjong Karang serah nama calon

pru15
NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sehingga kini dua Bahagian UMNO di negeri ini iaitu Kuala Selangor dan Tanjong Karang menghantar senarai nama untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, setiap kawasan kini dalam proses menyenaraikan calon masing-masing untuk dihantar kepada Jawatankuasa Perhubungan sebelum diangkat ke pimpinan Pusat. 

“Itu prosesnya, mereka kena hantar kepada perhubungan sebelum dihantar kepada pucuk pimpinan. Yang diarahkan setiap kerusi lima nama. 

“Tanjong Karang pun hantar lima nama, tidak termasuk penyandang. Kalau kerusi itu tak ada penyandang, lima nama sahajalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas  melancarkan Klinik Zahran Tanjong Karang. 

Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan sumbangan dua buah van jenazah bernilai RM321,000 kepada Masjid Nurul Ehsan dan Surau At-Taufiqiah yang kedua-duanya terletak dalam kawasan Parlimennya. 

Dalam pada itu, Noh menyelar serangan daripada Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Izham Hashim yang mendakwa UMNO tidak sensitif terhadap isu rakyat dengan mendesak kerajaan mencampuri urusan perundangan dan kehakiman. 

“Saya hendak beritahu beliau, tanya diri sendiri, kenapa dalam tempoh 22 bulan, PH sendiri hancur. Sebab apa dia hancur? Dia bercakap masa dia jadi kerajaan, saya suruh dia tengok balik hujah saya ketika jadi pembangkang. 

“Siapa sebenarnya kerajaan yang tidak ada integriti, campur tangan urusan kehakiman. Bila dia (PH) menang, siapa paksa Ketua Hakim Negara letak jawatan?” soal Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Izham dalam kenyataannya baru-baru ini, menempelak Noh yang tidak menjawab soalannya berhubung Taklimat Presiden UMNO yang dianjurkan dua minggu lalu. 

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor itu mendakwa taklimat tersebut hanya merujuk kepada desakan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat supaya meletakkan jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya