Ugut cederakan wartawan, Shah Rukh Khan pernah dipenjara - Utusan Malaysia

Ugut cederakan wartawan, Shah Rukh Khan pernah dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah dimasukkan ke penjara selepas mengugut untuk mencederakan seorang wartawan.

Shah Rukh Khan atau lebih popular dengan panggilan, SRK berkata, gara-gara sikap panas barannya ketika muda, dia ditahan dan terpaksa bermalam selama sehari di dalam penjara.

“Ketika itu saya masih muda dan berdarah panas. Segalanya bermula apabila dakwaan kononnya saya menghabiskan masa dengan pelakon gandingan yang juga isteri kepada pengarah filem yang saya bintangi timbul.

“Dakwa mereka, kononnya saya melakukan perbuatan terkutuk itu selepas pengarah itu minta berbuat demikian supaya kami dapat mencipta keserasian.

“Saya cukup terganggu dengan artikel itu dan memarahi wartawan terbabit sehingga mengugut untuk mencederakannya. Saya juga telah menengkingnya ketika pergi ke pejabat wartawan itu,” katanya yang pertama kali mendedahkan kejadian pada 1992 itu kepada umum.

Berkongsi pengalaman bermalam di penjara, SRK berkata, dia merayu kepada pihak polis supaya membebaskannya dengan segera.

“Penjara itu sangat kecil. Saya melihat keadaan di penjara dan merayu kepada polis untuk bebaskan saya segera. Saya juga berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya