PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pukul 9.30 pagi ini selepas disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
Pejabat Dr. Mahathir dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menjalani tempoh kuarantin di rumahnya sehingga 6 September ini.
Pada 31 Ogos lalu, Dr. Mahathir, 97, disahkan positif Covid-19 dan dirawat di IJN.
Awal tahun ini, beliau menerima rawatan di tempat sama kerana faktor kesihatannya. – UTUSAN