Tular M. Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Utusan Malaysia

Tular M. Daud Kilau meninggal dunia tidak benar

MESEJ M. Daud Kilau telah meninggal dunia yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M. Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

Isteri M. Daud Kilau, Datin Rohani Awang Ngah berkata, suaminya sudah menunjukkan tanda pulih selepas sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan pada malam Rabu lalu.

“Ya saya sudah tengok mesej tular yang mengatakan Datuk sudah meninggal dunia malah saya terima banyak panggilan daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengenai perkara itu.

“Mesej itu tidak benar, Datuk masih dirawat di hospital malah keadaannya bertambah baik. Doktor pun sudah tukar paras oksigen yang lebih rendah pada alat bantuan pernafasan, dia pun sudah boleh bercakap.

“Saya sudah biasa terima mesej sebegini, setiap kali Datuk masuk hospital, pasti ada mesej-mesej sebegini. Saya sudah biasa, tak apalah,” katanya.

Terdahulu, pagi ini, penyanyi veteran berusia 84 tahun itu yang dilaporkan kritikal selepas mengalami sesak nafas pada Rabu telah mula sedarkan diri dan mahu makan seperti biasa.

Anak penyanyi itu, Ahmad Zaini, 51, memaklumkan, bapanya mula menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif berbanding sebelumnya apabila sudah sedar dan boleh makan berbanding keadaannya semalam.

Begitupun katanya, bapanya masih lemah walaupun sudah boleh diajak bersembang.

Hari ini tular mesej penyanyi veteran itu dikatakan sudah meninggal dunia menerusi sekeping gambar beliau dalam warna hitam putih dengan ucapan ‘Innalillah’ dan makluman ‘sebentar tadi terima berita duka Datuk M. Daud Kilau’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya