Tiga maut, dua cedera dalam kemalangan lima kenderaan

[KEMAS KINI] 4 sekeluarga maut, Toyota Corolla rempuh treler

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan pukul 6.35 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Empat sekeluarga maut selepas kenderaan Toyota Corolla dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini hari ini.

Empat mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 6.35 itu ialah pemandu kereta, Goh Tiong Seng (50-an), isterinya, Hing May Yin, 50, dan dua anak mereka, Goh Xuan Ting 22, dan Tan You Xing,18.

Pemandu dan dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya disahkan menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, siasatan mendapati kejadian bermula selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Ayub Kharsani, 52, terbabas ke tengah jalan setelah hilang kawalan akibat melanggar lopak air.

“Dalam masa sama, sebuah van Toyota Hiace dipandu Ong King Vee, 46,  yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar kereta Perodua Myvi berkenaan menyebabkannya terbabas dan berpusing sebelum melanggar besi pembahagi jalan dan berhenti di bahu kiri jalan.

‘Keadaan itu mengakibatkan treler yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang turut dari arah perjalanan sama memperlahan kenderaannya untuk mengelak daripada melanggar kedua-dua kenderaan yang berada di depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, ketika itu datang sebuah kereta Toyota Corolla yang dinaiki empat sekeluaga tersebut yang juga dari arah perjalanan sama melanggar belakang treler berkenaan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan pemandunya dan dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi berkata, sejurus selepas menerima maklumat kejadian, sebuah pasukan terdiri daripada tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rahim Razali ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dan kerja-kerja mengeluarkan serta menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya