Tiga anak mualaf tidak dapat status warganegara

Tiga anak mualaf tidak dapat status warganegara

CHONG Zhemin (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kuih bulan kepada keluarga mualaf miskin yang menetap di Malim Nawar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang mualaf yang berkahwin dengan wanita warga Indonesia berdepan masalah mendapatkan kewarganegaraan tiga daripada empat anaknya manakala anak bongsu mereka pula tiada sijil kelahiran.

Lebih memburukkan keadaan, isteri kepada mualaf itu juga mempunyai masalah berkaitan pasportnya dan ia menjadi punca anak keempat mereka tidak dapat sijil lahir.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji, Chong Zhemin kini sedang berusaha membantu keluarga miskin yang menetap di Malim Nawar itu.

“Mualaf itu, Muhammad Ali Onn mempunyai tiga anak berusia 15, 13 dan 11 tahun yang dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan. 

“Oleh itu, ketiga-tiga anak beliau tidak mempunyai kewarganegaraan manakala anak bongsu dilahirkan April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, disebabkan lahir sebelum pendaftaran perkahwinan, tiga anaknya itu tidak menepati syarat yang diperlukan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, ketiga-tiga anak Muhammad Ali itu kini masing-masing perlu membayar yuran persekolahan sebanyak RM200 setiap tahun disebabkan status bukan warganegara dan pembayaran yuran itu menjadi bebanan berat yang terpaksa dipikul keluarga tersebut.

Oleh itu, beliau telah mencadangkan kepada pasangan itu untuk mendaftar anak-anaknya sebagai anak angkat dan selepas itu memohon kewarganegaraan berdasarkan status anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

“Tetapi sebelum itu, mereka perlu menyelesaikan masalah pasport isterinya dan juga sijil kelahiran anak bongsu mereka terlebih dahulu. Selepas itu barulah memohon ketiga-tiga anaknya sebagai anak angkat. 

“Pasukan khidmat DAP Malim Nawar akan membantu mereka dalam proses permohonan anak angkat dan juga permohonan kewarganegaraan dan kami berharap anak-anaknya boleh mendapatkan kewarganegaraan secepat mungkin,” ujar beliau.

Beliau bersama Pasukan Khidmat DAP Malim Nawar telah melawat keluarga tersebut sempena perayaan kuih bulan dan memberi kuih bulan kepada mereka.

Jelasnya, lawatan itu juga bertujuan memberitahu berita baik kepada keluarga tersebut iaitu terdapat pihak yang baik hati yang ingin memberi bantuan sebanyak RM300 sebulan selama enam bulan untuk meringankan beban dihadapi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya