‘Tidak perlu redah sungai apabila CIQS Pagalungan siap’

‘Tidak perlu redah sungai apabila CIQS Pagalungan siap’

KEADAAN jalan tanah merah di Pagalungan, Nabawan, Sabah. – UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Kos pengangkutan menaiki bot bagi urusan dokumentasi di pekan Tenom boleh mencecah sehingga RM200.

Itu perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Pagalungan yang terletak di pedalaman Sabah sekiranya perlu menyewa bot bagi urusan dokumentasi seperti memohon pasport, sijil kelahiran mahupun kad pengenalan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Madius@Justin Ansagu, 62, berkata, terdapat juga alternatif lain iaitu melalui jalan darat dengan kos yang lebih rendah namun, perjalanan mengambil masa yang agak lama.

“Sekiranya ingin menaiki kenderaan dari Salung ke Ke­ningau, tambangnya kira-kira RM40 seorang. Itu pun bergantung kepada keadaan jalan kerana sebelum ini, kami terpaksa mengharungi laluan tanah merah jadi, laluan agak mencabar semasa musim hujan.

“Walau bagaimanapun, jalan raya dari Pagalungan ke Sapulut akan dinaik taraf kepada jalan berturap dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi. Jika jalan raya sudah dinaik taraf, masa perjalanan ke Pekan Keningau akan menjadi lebih singkat,” katanya.

Madius berkata, pembinaan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Bantul, Pagalungan akan memudahkan segala urusan dokumentasi mereka.

“Pembinaan CIQS itu merupakan berita gembira kepada kami sebagai penduduk kampung di Pagalungan. Ia bukan sahaja memudahkan urusan kami malah, kemudahan lain seperti jalan raya yang lebih baik akan turut dibangunkan.

“Pada masa ini, bangunan Imigresen negara jiran, Indonesia sudah mula dibangunkan jadi, kita perlu segera membangunkan CIQS di Pagalungan ini demi memudahkan urusan penduduk di kedua-dua negara yang perlu merentasi sempadan,” katanya.

Bagi Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) Sekolah Kebangsaan (SK) Logongon, Pagalungan, Ainne Abd Aziz @ Anggail, penduduk yang tidak mempunyai kenderaan bergantung kepada pengangkutan air iaitu bot jika ingin turun ke Pekan Keningau.

Maxson Mark Michael, 32, berkata, setelah sekian lama, akhirnya penduduk Pagalungan tidak perlu lagi mengambil masa selama lima hingga enam jam perjalanan melalui jalan darat untuk turun ke Pekan Keningau.

Pembinaan CIQS itu membolehkan penduduk Sabah dan rakyat negara jiran yang bekerja di negeri ini berurusan dokumentasi dengan lebih mudah di kompleks tersebut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN