Tapak premis terbakar di Kampung Cina dibangunkan semula 

Tapak premis terbakar di Kampung Cina dibangunkan semula 

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bertanyakan sesuatu kepada pemilik rumah kedai yang terbakar ketika melawat tapak kebakaran di Kampung  Cina, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan semula tapak premis perniagaan yang terbakar di Kampung Cina di sini, Ahad lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bangunan baharu yang dibina nanti akan mengekalkan ciri-ciri warisan yang terdapat di perkampungan tradisi Cina itu.

Menurutnya, sebahagian bangunan yang terbakar itu mempunyai nilai-nilai warisan dan sejarah di bandar raya ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik bangunan yang terbakar itu kerana sebahagian kawasan tersebut melibatkan tanah milik persendirian.

“Kita akan bertemu dengan pemilik bangunan untuk berbincang hasrat kerajaan memastikan  Kampung Cina dapat kekal menjadi tapak warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat tapak kebakaran di Kampung Cina di sini, hari ini.

Sebanyak 12 premis perniagaan terletak di perkampungan warisan negeri yang menjadi tumpuan pelancong ke Terengganu itu berlaku pada pukul 8.42 malam, Ahad lalu.

Ahmad Samsuri menambah, kerajaan negeri  juga akan menyalurkan bantuàn berkaitan yang diperlukan untuk mengekalkan suasana tradisi di kawasan itu.

“Kita kena cuba yakinkan pemilik peribadi ini supaya kerajaan boleh bantu dengan dengan cara-cara tertentulah supaya dikekalkan suasana (tradisional),” ujarnya.

Ahmad Samsuri menambah, buat permulaan, kerajaan negeri menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 kepada mangsa kebakaran tersebut.

“Perkara ini tidak boleh diselesaikan dalam masa sekelip mata tetapi kita akan cuba bantu,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya, pemilik bangunan  warisan di negeri ini dapat meningkatkan tahap keselamatan termasuk  memeriksa sistem pendawaian elektrik dari masa ke semasa.

Katanya, langkah tersebut untuk mengelakkan bangunan-bangunan lama yang mempunyai ciri-ciri warisan bernilai tinggi di negeri ini terbakar.

” Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan memberi penerangan, taklimat dan sebagainya perkara-perkara yang perlu kepada pemilik bangunan tersebut termasuk di Kampung Cina,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya